Powered By Blogger

Wednesday, April 24, 2013

PERUBAHAN CUIT SEKOLAH PENGGAL KE3.

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 April - Kementerian Pendidikan hari ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi perubahan tarikh cuti persekolahan penggal ketiga bagi sekolah-sekolah dan maktab-maktab Negara Brunei Darussalam tahun 2013, seminggu lebih awal dari yang telah dijadualkan iaitu mulai Ahad (13 Oktober) hingga Jumaat (18 Oktober) 2013 kepada Ahad, 6 Oktober hingga Jumaat, 11 Oktober 2013. Perubahan tarikh cuti persekolahan penggal ketiga ini adalah bertujuan untuk menyejajarkan dengan tarikh Sidang Kemuncak ASEAN ke-23 yang akan diadakan di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam bermula pada Rabu 4 Zulhijjah 1434 bersamaan 10 Oktober 2013.

No comments:

Post a Comment